Info Semasa
Tebus Sekarang! Baucar Buku Fasa 2 Dibuka Bermula 30 Oktober 2024
.jpg)
Baucar buku inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diteruskan untuk Fasa 2 pada Oktober 2024.
Kali ini baucar buku diberikan menggunakan sebuah platform rasmi atau disebut sebagai pelantar pintar kepada pelajar IPT yang layak.
Tarikh Baucar Buku Fasa 2:
Pelaksanaan untuk baucar buku fasa 2 bermula pada 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Dianggarkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia akan mendapat manfaat.

Imej: KPT
Syarat Kelayakan Baucar Buku Fasa 2:
- Warganegara Malaysia
- Pelajar IPT (Universiti Awam, Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT
- Pelajar berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024
- Peringkat Sijil hingga ijazah doktor falsafah
- Mod separuh dan sepenuh masa
Jumlah Baucar Buku Fasa 2:
Jumlah baucar yang diberikan adalah sebanyak RM100.00
Baca Juga:
Kaedah Penebusan Baucar Buku Fasa 2:

Imej: Jabatan Penerangan
Untuk penebusan baucar buku fasa 2, ia menggunakan satu platform atau pelantar pintar yang disebut MySISWAPLACE.
Langkah untuk menebus adalah seperti berikut:
- Pergi ke platform https://mysiswaplace.my
- Daftar atau log masuk
- Semak kelayakan
- Jika layak, kod baucar akan dijana
- Kod baucar yang telah dijana boleh digunakan untuk membeli buku (kod baucar hanya sah digunakan di platform MySISWAPLACE SAHAJA.
Siaran Media KPT:

Imej: Siaran Media KPT
Semoga bermanfaat.
SALAMKERJAYA.COM


Post a Comment
0 Comments